-

::WELCOME TO MY BLOG::

Thursday, December 23, 2010

::RASULULLAH SAW & PENGGEMIS BUTA::

pstt: gambar sekadar hiasan ;)

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu "..Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?.." Aisyah RA menjawab "..Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja..". tanya Abu Bakar RA. "..Apakah Itu?.." 

"..Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana..", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil mengherdik,  "..Siapakah kamu?..". Abu Bakar RA menjawab, Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).

"..Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku..", bantah si pengemis buta itu. "..Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku..", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "..Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW..".

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "..Benarkah demikian?. Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...".

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

credit to :email PAJPM ;)

Monday, December 20, 2010

::JANGAN BERSEDIH - TUHAN TIDAK BERBUAT ANIAYA::

Jika anda tahu bahawa di langit terdapat Tuhan Yang Maha Adil dan Penguasa yang bijaksana, bahkan Dia memasukkan seorang wanita ke Syurga hanya kerana anjing dan memasukkan wanita ke neraka kerana kucing, seharusnya anda berbahagia, menjadi tenang dan yakin akan janji Allah.

Disebutkan bahawa ada seorang wanita pelacur dari Bani Israel yang memberi minum seekor anjing yang kehausan. Kerana ia berbuat hal itu dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, Allah pun mengampuni dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga.

Sementara itu ada seorang wanita yang mengurung seekor kucing di dalam sebuah sangkar. Kucing itu tidak diberinya makan dan minum dan tidak pula diberikannya mencari makanan sendiri berupa serangga yang ada di tanah. Kerana perbuatannya, Allah memasukkannya ke dalam neraka.

Kejadian tersebut kiranya cukup bermanfaat bagi anda dan akan mententeramkan hati anda, sebab anda tahu bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti akan membalas setiap perbuatan baik walaupun kebaikan seremeh apa pun serta memberi balasan kepada hambaNya atas kebaikan sekecil apa pun.

Imam Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Ada 40 kebaikan, yang paling besar di antaranya adalah meminjamkan kambing perahan kepada orang lain (untuk diambil susunya). Tidak ada seorang pun yang melakukan salah satu dari semua kebaikan tersebut kerana mengharap janji Allah dan meyakini balasannya, kecuali Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga"


Al-Hadith Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya).
Barangsiapa yang berbuat keburukan meskipun sebesar biji zarrah, maka ia akan melihat (balasannya) pula"
Az-Zalzalah: 7-8

.... sesungguhnya kebajikan akan menghapuskan keburukan... (Hud:114)


Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!
Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!
Tolonglah orang yang dianiaya!
Berilah makan orang yang kelaparan!
Berilah minum orang yang kehausan!
Jenguk orang yang sakit!
Hantarlah jenazah!
Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!
Pimpinlah orang yang buta!
Berilah petunjuk orang yang bingung!
Muliakanlah tetamu!
Berbuat baiklah kepada tetangga!
Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!
Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!
Sedekahkanlah wang anda!
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!
Kekanglah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.


Sesungguhnya makna kalimah ini indah menggambarkan pekerti-pekerti yang tinggi, termasuklah hal yang mendatangkan kebahagiaan dan melapangkan dada serta mengusir kesusahan, kesedihan, kekuatiran dan kedukaan.

Betapa indahnya akhlaq yang baik itu! Sekiranya ia berwujud seorang lelaki, tentulah ia merupakan seorang yang gagah, harum baunya, terkenal kebaikannya dan cerah wajahnya.


Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be Sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu

Monday, December 13, 2010

::JADUAL CUTI AM/HARI KELEPASAN AM TAHUN 2011::

Pas nih korang bleh arr plan nak cuti2 yek... jadual disediakan dengan hati yg tulus succi lagi ikhlas dgn cara kupi + pes dr tenet. theheheh...

psttttt: klik utk besokan gambar... ;)



:: Nota Kaki x Musok ::
INSAF2..thn depan MUSTI simpan cuti.. ngeeehehe ;)

::JADUAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2011::

~gmbr sumber incek gugel~
Salam U olsss,

Dah berlumut beloggg makcik neh... awww...! Baru ari nih semangat nak menghapdet sambil membersihkan sawang2 yg hado. thehehehe...

Hape????????? Ari senin lagik..?? heppp..!!. Sila jangan Monday Blues pada korang yang sedang bekerja di opis ye, pada yang surirumah / mr. mama  pun sure kena jugak ke tempias monday blues ni? daily blues adalah jawabnya, stress..stress..stress! **Haihh... bile nak abis stress daaaaaaaaaaa...??

Entry kali nih xde kene mengena ngan kucen or life haku tp sbb ari nih teramat free & tenet amatlah laju (pc baru kannn.. :p), so dengan semangatnya meng-surf tenet sambil membukak website [AIR ASIA] kengkunun nak tengok tiket flight yg murah utk next year. Niat di ati (asyik berniat jer) nak g cuti or blk kpg.. ntah jadi ker x... thehehe..

Memandangkan Jadual Persekolahan Tahun 2011 dah keluar ni (haku skodeng dr tenet k), boleh la korang plan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan, pertunangan, melancong dalam dan luar negara, berkhatan (utk yg ade anak kaki 2 & meng-kasi - utk yg ade anak kaki 4) dan sebagainya. Bila dah ada jadual macam ni senang kita nak plan kan, dalam dah tahu pun, plan selalu tak menjadi, i ler tu, thehehe. Lets Jom (pinjam words yg incek hubby salu sebut bila nk g memane) kita mula mencari tarikh yang sesuai untuk memulakan plan…

1. Kumpulan A untuk negeri Kedah, Kelantan & Terengganu
2. Kumpulan B untuk negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya.
 

 
Kalendar Persekolahan Tahun 2011

Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan02.01.201131.01.201122
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201110.03.20118
Cuti Pertengahan Penggal11.03.201119.03.20119
Hari Persekolahan20.03.201131.03.201110
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201120
Hari Persekolahan01.05.201126.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun27.05.201111.06.201116




IIHari Persekolahan12.06.201130.06.201115
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201125.08.201119
Cuti Pertengahan Penggal ke II26.08.201103.09.20119
Hari Persekolahan04.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201122
Hari Persekolahan01.11.201117.11.201113




Cuti Akhir Tahun18.11.201131.12.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

 
 
Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201131.01.201121
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201111.03.20119
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201120.03.20119
Hari Persekolahan21.03.201131.03.20119
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201120
Hari Persekolahan01.05.201127.05.201121
Cuti Pertengahan Tahun28.05.201112.06.201116




IIHari Persekolahan13.06.201130.06.201115
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201126.08.201119
Cuti Pertengahan Penggal ke II27.08.201104.09.20119
Hari Persekolahan05.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201122
Hari Persekolahan01.11.201118.11.201114




Cuti Akhir Tahun19.11.201101.01.201244
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

Credit & Million Thanks To : Portal Rasmi KPM.

Nota Kaki x Musox : 
thn depan nak cuti2 ke mane plak hekk..hekk kuhekk...??? ;)