-

::WELCOME TO MY BLOG::

Sunday, January 30, 2011

::TELEKUNG TRAVEL::

tadaaaaaaaaaa..!!!~
sampai sudah Telekung Travel yg haku beli on9 ari tuh
 sblm nih dok berangan nak beli, tp...
belen lam Mebeng x mengizinkannyer.
pasnih x perlu la nak bwk telekung beso2
or berat lam beg tambahan kalo nak g memane 
or share yg kat masjid @ surau2 kat soping kompleks tu
(utk keselesaan diri sendiri senonyer)



 nih kain dia - utk yg berbadan tinggi, mungkin kne ejas2 skit


 design / corak kat telekung, simple jer but nice ;)


 nih dia nyer telekung. ngam2 & sedap dipakai ;)


beza dgn telekung saiz biasa tuh. jimat space taww ;)

rasa cam nak beli??? 
cam nak order?????????

haku beli kat [S.I.NI]


atau 

korang try klik kat [S.I.N.I]


selamat meng-order ;)

Tuesday, January 25, 2011

::SERIUS PANJANG..!!::



SERIUS..!!!!!!!!!!!~
panjang giler rambut minah arab neh kan..???
pix nih haku paparazikan (*ade ker ayt cam tuh?? )
time haku & incek hubby pegi suping brg dapur kat
Carrefour Alamanda bbrp bln yg lps.
dek keterujaan & keterpegunan melihat kepanjangan rambut dia,
maka haku rasa ala2 paparazi plak curik2 snap pix
org diluar kesedaran mereka & keluarga mereka.

dlm snap tuh ade jugak rasa takut2, bimbang org fikir
haku nih nak sabotaj plak pix dorg *org x biasa buat slh :p
tp dek ke-eksaited-an menengok minah neh berambut panjang
ku menyorokkan hp disebalik henbeg sambil "purak2"
sedang bersms *taktik dah biasa buat time snap pix org.


SERIUS jugak...
ntah cemane la nak jaga rambut sepanjang tuh..
nak syampu mau 2x, bilas mau 3x, keringkan mau 4jam dpn kipas
kalo xde hair-dryer * melampau jer smp 4jam!! :p
tuh x kira lg nak menyikat klu time rambut bersimpul,
serabut & kusut masai. Rekod paling panjang rambut haku sampai
montot jer pun, tuh pun time skul tadika & skul rendah,
pagi2 menitik air mata sbb rambut sakit kne sikat & ikat
pastuh haku rikues kat mak haku nak potong
(sbb x thn asik kne ejek P.O.N.T.I.A.N.A.K)\
sebab ejekan P.O.N.T.I.A.N.A.K. tu jugak ler haku bertumbuk ngan
sorg budak lelaki kelas haku sbb "aii lus-kontrol" bila diejek begitu
(skrg dia dah arwah. Al-Fatihah)

Last haku berambut pnjg thn 2002 sblm haku
botakkan kefala (siyes x tipu), pastuh siyes x kuasa nak jaga
sbb perlukan ketelitian, masa, belanja & cara mentadbir urus
rambut tuh supaya sentiasa bersih, sihat & kuat.
rambut cam kat bwh nih siyes senang nak jaga..
±
±
±
±
±
±
±
"...guna jari pun boleh............"


Friday, January 21, 2011

::HOME MADE CHOC ICE-CREAM::

sebagai salah sorang peminat tegar eskrem,
maka wajib dlm entry ku cite pasal eskrem.
nih laa home made choc ice-cream
yg resepinyer haku dpt & kupi pes
masa tgk Nona beberapa bulan yg lepas
*sah2 pix nih lame jd pekasam lam pc haku..tih tih tih

 Bahan2:
  1. Kek Perisa Coklat - amik 1 per 3 dr saiz atas tuh
  2. biskut Oreo @ Cream O - separuh bungkus (buang krimnyer & hancurkan sedang2 halus)
  3. Creamer - 6 sudu makan @ agak2
  4. Susu Dutch Lady perisa coklat - agak2 dlm separuh kotak
  5. perisa vanila - 1 sudu teh
  6. Gula Pasir - secukup rasa (jgn manis sgt taww, nnt kaki kne potonnn..! :p)

 Cara2:
  1. blend 1 bhgn kek coklat + susu dutch lady + perisa vanila + gula pasir + creamer
  2. masukkan dlm bekas tupperware seperti di atas.

pastuh  tabur serbuk biskut Oreo @ Cream O td atas bhn2 yg di blend td


 *blend cengginih jer, x yah hancur sgt..


 tabur2 cengginih jer, x yah lawa2. nnt nak masuk mulot korang jugak..


 pastuh bekukan lam peti sejuk selama 8 jam or
smp thn depan pun xpe..ikut suka korang..
ingat!!! peti sejuk ok, bukan peti kayu or peti besi.
nnt x jadik jangan nak carik haku lak tanye serepi dia..
hua hua hua huaaa


 gambar dah beku selepas 8 jam
*8 jam tuh agak2 jer sbb dlm tv ckp 8jam, haku ckp la 8 jam gak.
ikut suka korang la... dah keras tuh, makan jer la.. muakaka


dah selamat masuk mulut..
FYI, nih percubaan pertama haku buat.
So make sure kek coklat tuh x byk sgt


att:
  • bleh jugak buat eskrem perisa stoberi,
  • bahan2 dia lebih kurang cuma tukarkan kek tuh kepada kek butter biasa.
  • pastuh perisa vanila tukar kepada perisa stoberi, nak blend 2-3 bijik stoberi pun no hal punye.
  • SELAMAT MENCUBA..!!!!!!!!~ tih tih tih

Thursday, January 20, 2011

::JUST STARE::

Just stare at the cross in the centre for a few moments
(stare hard, no blinking)
click the image to view and see what happens to the dots....


::HOW'S YOUR SHORT TERM MEMORY?::

How is your short term memory?

Just found out no surprise though, that mine is very poor.

I've tried this test several times and can't get past level 3,
 
and now I'm getting cross with myself! *tih tih tih

Give it a go, it's cute and has lovely little pictures.

bound to be better than mine, I know I'm loosing it!




Click the pic below to have a go...


*credit to Lady Bee.....

Wednesday, January 19, 2011

::CHRISTINA AGUILERA - HURT (Live) HD HQ::

tetiba ku ghasa emo plak,
sayu tahap menusuk kalbu...
teringat pada yang telah tiada....


"Hurt"

Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this
Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you

::ASAM PEDAS SIAKAP & SAYUR CENDAWAN + UDANG::



 sekarang neh dah setat mood rajin nak masak
so, nih la menu pada 16.01.2011.
selamat menjamu mata
*ade ker yg nak jelen? tih tih tih :p

Monday, January 17, 2011

::LEMPENG PISANG::


nih mekanan supper haku & incek hubby ari tuh.
siang tuh mkn awl, tgh2 mlm ghasa lapar balik, 
tuh yg selongkar  lemari dapur carik bahan, 
nampak pisang tetiba ghasa nak makan Lempeng Pisang.


BAHAN2:
  • sebijik pisang *ntah ape name pisang haku beli ari tuh. potong sederhana nipis
  • tepung gandum + gula secukup rasa + perisa vanila sikit & sebijik telur. bancuh sederhana pekat. Lagi gebu kalo bubuh serbuk penaik tp haku x bleh tggu daaa...lapo tahap babun.

CARA MEMBUAT:
  • panaskan minyak, tuang 2 senduk sederhana bancuhan tepung dlm kuali leper. ratakan sederhana tebal.
  • terus masukkan pisang yg dah dipotong sederhana nipis td.
  • tggu masak, balikkan lempeng td.
  • dah masak, blh tuang sikit susu pekat.
  • makan nga kopi kpg panas kaw2..


Friday, January 14, 2011

::IF YOU WANT RAINBOW::


If you want the rainbow, you gotta put up with the rain.
Nothing has power over anything except for Allah SWT.
For He has power over all things.

Thursday, January 13, 2011

::TUN DR. SITI HASMAH TAK "MENYIBUK"::


Sudah beberapa hari saya teringatkan ketinggian budi Tun Dr Siti Hasmah. Agak sudah beberapa bulan saya tidak bertemu beliau. Gambaran wajah Tun Siti yang paling indah saya lihat ketika beliau memakai telekung untuk solat.

Ketika itu saya pergi menziarahi Tun Mahathir di Institut Jantung Negara (IJN). Tun Siti sendiri yang menelefon saya menjemput saya ke sana. Masya-Allah, wajah Tun Siti ketika bertelekung saling tak tumpah bagaikan wajah arwah nenek saya.

Berjalan ke berbagai tempat dalam negara ini, bertemu dengan berbagai pihak memberikan kita berbagai maklumat mengenai persepsi masyarakat terhadap berbagai perkara, khususnya para pemimpin politik. Cetusan dan ulasan rakyat itulah yang menjadikan saya ingatkan Tun Dr Siti Hasmah.

Jika kita masih ingat semasa Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri, amat sukar untuk kita dengar ulasan buruk mana-mana pihak terhadap Tun Siti. Wajahnya yang tidak sombong, gayanya yang tidak ego, kerendahan dirinya dan sikap tidak campur tangan dalam politik menyebabkan beliau tidak dimusuhi.

Ya! Ketika Tun Mahathir berada di puncak kuasa dengan penuh kemegahan pun beliau tetap bersikap sebagai seorang isteri yang tidak menyibuk diri menjadi ‘menteri tambahan’. Orang tidak memperkatakan tentang sikap suka campur tangan beliau dalam urusan politik, tidak beliau dibenci kerana berlebih-lebihan dalam gaya dan cara.

Tun Siti sangat sederhana sehingga sekarang. Saya sendiri pernah mendengar Tun Mahathir bersungut kerana lama menunggu Tun Siti di kereta dan cuaca agak sejuk. Ketika itu di London.

Saya masih ingat jawapan Tun Siti: “Ada orang hendak bercakap dengan kita, takkan kita hendak tinggalkan”.

Masa itu ada rakyat Malaysia di London yang datang berbual dengan Tun Siti ketika beliau hendak turun dari Malaysia Hall.
Saya kagum dengan Tun Siti sebab setiap kali saya berkesempatan berbual dengan Tun Mahathir, sama ada di meja makan atau di tempat biasa, Tun Siti yang selalu berada di sebelah Tun Mahathir tidak pernah mencampuri perbualan kami khususnya tentang politik. Beliau selalu menjadi pendengar setia kepada Tun Mahathir.

Jika ada pun beliau mencelah, beliau akan bertanya khabar keluarga saya atau pandangan agama tentang urusan harian. Sekalipun beliau sebenarnya tidak pernah berjumpa keluarga saya. Tun Mahathir bertuah mendapat isteri yang tahu apa perwatakan yang sewajarnya dan tidak dianggap ‘busy body’ bagi negara ini ketika beliau menjadi perdana menteri.

Maka tidak hairanlah ketika Tun Mahathir berada dalam ketegangan krisis politik beliau, Tun Siti tidak menjadi sasaran kemarahan musuh-musuh politik Tun Mahathir. Hanya yang bermulut celupar sahaja yang cuba mengguris Tun Siti yang selalu diam itu. Itu pun puak yang suka menyentuh urusan peribadi orang yang tidak kaitan dengan kepentingan umum rakyat.

Begitu lama Tun Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya.

Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Peranan isteri berdoa agar suami berada di jalan yang benar. Menasihati suami agar sentiasa ingatkan Allah dalam urusan rakyat. Janganlah isteri pula yang menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat kepada suaminya. Tun Dr Siti Hasmah, tahniah!

Nukilan : Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Sumber dr sini : [MALAYSIA KINI]
.::Nota KhaKi MuS0x!::.
Sebenarnya haku just blogwalking jer td,
tup2 terjumpa lak artikel sangat2 mantoppppp lg best
pasal Tun Dr. Siti Hasmah neh. Ohh yer..sblm tuh...
Tun M & Tun Dr. SH nih adalah fav haku dr dulu smp sekarang..
wlupun selama haku idop neh dah merasa peralihan 3 PM.
Dan reaksi haku pas baca artikel nih ialah..
OMG..!!!~
"hebat mendalam punye maksud tersirat" artikel ini
dan haku cuma tersenyum sinis..
Bagus utk tatapan / bacaan "org2 berkenaan"
 yg sgt sukeh menyibuk dlm semua urusan...tih tih tih ..
 **pstt : ayt yg haku Bold + Underline + kaler2 tuh mmg sgt "best"..




KESIMPULAN HAKU PSL TUN Dr. SH:
1) Sederhana maksudnyer x berlebih2 dlm berpakaian/belanja/mekap.
2)Sedehana jugak bermaksud xde org komplen
yg Tun Dr. SH nih kaki shopping kat obersi ke ape;.
*xde ngabis duit rakyat.
3) Sederhana jugak xde asik2 muka dia kuar TV;
4) Menten semulajadi cute wlupun dah berusia emas -
tanpa bantuan BOTOX2, no CUCUXk or Vit. C;
5) ohye..last sederhana, xde plak haku dengar dia
memekak dok rikues sana sini nak wat opis sirik,
then xde sibuk nak guna nama First Lady utk ape2 majlis..
selama dia jadik isteri PM.. korang dengar x..??
diulangi.. First Lady, hoccayyy!!..
opssssssss..terlebih sudah!!~
tih tih tih tih...............